:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog alBayt Solution Centre ::: Menawarkan kaedah Pelengkap/ Komplimentari untuk membantu menangani apa jua masalah kesihatan menggunakan kaedah Homeopathy/ Naturopathy tanpa Bahanan Kimia @ Side Effect yang teruk ....Hubungi ::: STe [Assoc] ND. UstDi 018-245 3824 :::

APA ITU AKUPUNTUR

Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’. Jarum – jarum ini diperbuat daripada pelbagai bahan logam seperti jarum silver atau jarum perak, jarum copper atau tembaga, dan jarum emas.

Jarum-jarum halus ini dapat mengeluarkan Tenaga Qi adalah tenaga yang menggerakkan jasad kita. Jika pengaliran tenaga ini terganggu, maka badan kita akan berasa sakit.

Pada jarum-jarum halus tersebut, sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan kita berasa seperti berdenyut – denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum - jarum tersebut ditusuk pada suatu titik khas di badan. 

Rasa yang kita alami ini dikenal sebagai ‘Deqi’ dan ia mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai kolestrol, channel, atau meridian. Dalam hal ini, kesemua rasa kesakitan atau bisa dikeluarkan melalui kuasa Qi yang secukupnya dan seterusnya memberi kelegaan dan menyembuhkan penyakit.

Selain itu, penyelidikan saintifik tentang akupuntur telah dijalankan di Amerika Syarikat yang menunjukkan otak mengeluarkan ‘ endorfin ’ yang boleh melegakan kesakitan secara semulajadi semasa rawatan akupuntur. Di kebanyakkan negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Hong Kong di mana terdapatnya ramai penagih dadah jenis Heroin,mereka menggunakan cara rawatan akupuntur kerana ia dapat meningkatkan kadar endorfin dalam badan. Hal ini kerana kebanyakkan penagih dadah mempunyai kadar endorfin lebih rendah dalam cecair spina mereka.

No comments:

Post a Comment