:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog alBayt Solution Centre ::: Menawarkan kaedah Pelengkap/ Komplimentari untuk membantu menangani apa jua masalah kesihatan menggunakan kaedah Homeopathy/ Naturopathy tanpa Bahanan Kimia @ Side Effect yang teruk ....Hubungi ::: STe [Assoc] ND. UstDi 018-245 3824 :::

Penyakit Yang Diubati Oleh Akupuntur

Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum.

Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britian para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .


Di samping itu, beberapa doktor yang telah menyaksikan pembedahan menggunakan kaedah akupuntur turut mengakui bahawa di negara China rawatan perubatan akupuntur buka sahaja tertakluk pada disfungsi proses fisiologi tetapi juga pada jenis penyakit yang memerlukan rawatan seperti pembedahan caesarean, tumor, pembedahan gigi dan paru-paru pesakit . Kesemua pesakit berada dalam keadaan sedar dan tidak menerima sebarang ubat anestetik. Hanya jarum akupuntur yang dirangsang dengan elektrik di masukkan dalam kulit pesakit.

No comments:

Post a Comment