Moringa dari perspektif perubatan herba
Daun Moringa juga kaya dengan anti-oksidan. Sebagaimana yang diketahui umum, anti-oksidan akan membantu badan kita menentang radikal bebas yang menjadi penyebab penyakit seperti kanser, jantung dan kencing manis. Dalam perubatan herba Moringa digunakan:
- Sebagai penambah zat untuk masalah kekurangan vitamin terutamanya kepada ibu hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayi. Kandungan zat yang tinggi yang terdapat pada daun dan buahnya dapat membantu ibu hamil dan menyusukan mendapat zat tambahan. Tambahan pula cirri pokoknya yang dapat tumbuh pada persekitaran semi arid ( persekitaran panas dan menerima hujan yang sedikit) dapat membantu masalah kekurangan nutrisi di negara-negara miskin.
- Menurunkan kandungan gula dalam darah. Dalam satu kajian 30 orang wanita telah diberikan sebanyak 7g serbuk daun moringa setiap hari selama 30 hari. Keputusan kajian mendapati paras gula dalam darah mereka telah menurun sebanyak 13.5 %
- Daun, buah dan biji Moringa sebagai penawar radang. Radang atau inflammation berlaku disebabkan oleh tindakbalas semulajadi tubuh kita terhadap jangkitan atau kecederaan. Ianya perlu sebagai satu mekanisme pertahanan badan. Cuma masalah akan timbul apabila radang ini berterusan untuk tempoh yang lama. Kajian membuktikan daun, buah dan biji moringa dapat mengurangkan kesan keradangan. Walaubagaimanapun setakat ini kajian klinikal dibuktikan terhadap haiwan dan tidak dilakukan ke atas manusia lagi.
- Daun moringa untuk menurunkan kadar kolesterol.
No comments:
Post a Comment