:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog alBayt Solution Centre ::: Menawarkan kaedah Pelengkap/ Komplimentari untuk membantu menangani apa jua masalah kesihatan menggunakan kaedah Homeopathy/ Naturopathy tanpa Bahanan Kimia @ Side Effect yang teruk ....Hubungi ::: STe [Assoc] ND. UstDi 018-245 3824 :::

KISAH SENDIRI ANAKKU COVID-19


Pengalam sendiri iaitu anak sulong saya.
.
Alhamdulillah, berkesempatan share kisah perjalanan anak saya sendiri dan Perubatan Homeopathy/ Naturopathy yang saya amalkan dalam keluarga dan juga kenalan rapat saya.
.
Anak sulong saya belajar di Maahad Quraan Kubang Bujuk, Kuala Terengganu, Tahfizul Quraan sana. Insya Allah dalam proses menghafal lagi, dek kerana usianya tingkatan 4 maka program wajib MQKB ni mewajibkan anak saya join dakwah 40 hari.
.
Saya menyedari musim Covid-19 [sebelum tu belum digazetkan nama Covid-19 yer], maka saya berikan bekal kepada anak saya 2 jenis ubatan/ pemakanan iaitu:
1-    Homeopathy untuk melawan jangkitan virus
2-    Kapsul Herba Bawang Dayak
.
Asabab jerlah usaha sebagai bapa, 2 Mac 2020, dia ke Masjid Sri Petaling, Selangor dan selepas itu dia balik semula ke Kuala Terengganu pada 3 Mac 2020. Mungkin orang baru dalam bidang ni, anak ditempatkan di Terengganu semula.
.
Usai balik ke Terengganu pada 4 Mac 2020, dia balik semula ke MQKB dia untuk penyelarasan dakwahnya dengan Amir Sab [ketua Jemaah] dan dia di tempatkan di Masjid Tepoh, Kuala Nerus. Semasa di MQKB pada 4 Mac tue, dia melihat ada ustaz yang penyebab kepada MQKB di kuarantinkan, anak menceritakan bahawa dia tidak bersalaman dengan ustaz berkenaan.
.
Apabila kes MQKB melonjak, saya berusaha mencari anak saya dan dia menelefon menyatakan dia di Surau Kg Raja, Tepoh, so, saya dan isteri ke sana bertemu dengannya pada 12hb Mac dan membawa dia untuk membuat saringan HSNZ Kuala Terengganu. Bertemu dengan petugas di khemah biru HSNZ, dan petugas bertanyakan ada Batuk, Demam, Selesema, Lenguh-lenguh Badan dll symptom, dan anak saya menyatakan TIDAK. Petugas kaunter saringan meminta saya dan anak balik sahaja tanpa mengambil no telefon, nama dan di mana tempat tinggal saya mahupun anak. Namun saya tak salahkan petugas HSNZ kerana maybe dia kepenatan dengan kes meningkat mendadak.
.
Anak kembali semula ke program dakwahnya ke sekian kalinya, namun dek kerana kebisingan berkaitan Jemaah Tabligh, maka saya menelefon dan bertegas dengan Amir Sab nya untuk membawa balik anak ke rumah sahaja sehingga selesai PKP ini. Saya mengambil semula anak saya pada 17hb Mac 2020 dan sehingga tempoh ini 24 Mac 2020, anak saya alhamduliLLAH sihat sahaja dengan izinNya jua.
.
Hari ini 23 Mac 2020/ Isnin, saya ke KK Bukit Payong sekali lagi kerana saranan pengarah kesihatan Terengganu untuk memberikan sample Jemaah Tabligh yang terlibat di Ijtimak Tabligh di Sri Petaling, Selangor. Dan menunggu result, namun saya melihat anak saya di depan mata, SIHAT WAL AFIAT sahaja [dengan perbandingan symptom pada pesakit COVID-19 dalam media massa].
.

Apa yang saya nak kongsikan ialah, penggunaan Homeopathy pada awal pemergiannya ke Masjid Sri Petaling dan amalan memakan Kapsul Bawang Dayak itu berkemungkinan membantu sistem imun badan anak saya ni. Saya bersyukur kerana dia sihat dan selamat. Yerlah anak saya ni dulu lahir premature [7 BULAN] sahaja dengan berat badan kelahirannya hanyalah 850g sahaja [di Hospital Selayang ketika itu tahun 2004].
.
Admin Blog
Ustaz Rosdi, NDr
Hp: 018-245 3824