Pengalam
sendiri iaitu anak sulong saya.
.
Alhamdulillah,
berkesempatan share kisah perjalanan anak saya sendiri dan Perubatan
Homeopathy/ Naturopathy yang saya amalkan dalam keluarga dan juga kenalan rapat
saya.
.
Anak
sulong saya belajar di Maahad Quraan Kubang Bujuk, Kuala Terengganu, Tahfizul
Quraan sana. Insya Allah dalam proses menghafal lagi, dek kerana usianya
tingkatan 4 maka program wajib MQKB ni mewajibkan anak saya join dakwah 40
hari.
.
Saya
menyedari musim Covid-19 [sebelum tu belum digazetkan nama Covid-19 yer], maka
saya berikan bekal kepada anak saya 2 jenis ubatan/ pemakanan iaitu:
1-
Homeopathy untuk melawan jangkitan virus
2-
Kapsul Herba Bawang Dayak
.
Asabab
jerlah usaha sebagai bapa, 2 Mac 2020, dia ke Masjid Sri Petaling, Selangor dan
selepas itu dia balik semula ke Kuala Terengganu pada 3 Mac 2020. Mungkin orang
baru dalam bidang ni, anak ditempatkan di Terengganu semula.
.
Usai
balik ke Terengganu pada 4 Mac 2020, dia balik semula ke MQKB dia untuk
penyelarasan dakwahnya dengan Amir Sab [ketua Jemaah] dan dia di tempatkan di
Masjid Tepoh, Kuala Nerus. Semasa di MQKB pada 4 Mac tue, dia melihat ada ustaz
yang penyebab kepada MQKB di kuarantinkan, anak menceritakan bahawa dia tidak
bersalaman dengan ustaz berkenaan.
.
Apabila
kes MQKB melonjak, saya berusaha mencari anak saya dan dia menelefon menyatakan
dia di Surau Kg Raja, Tepoh, so, saya dan isteri ke sana bertemu dengannya pada
12hb Mac dan membawa dia untuk membuat saringan HSNZ Kuala Terengganu. Bertemu
dengan petugas di khemah biru HSNZ, dan petugas bertanyakan ada Batuk, Demam,
Selesema, Lenguh-lenguh Badan dll symptom, dan anak saya menyatakan TIDAK. Petugas
kaunter saringan meminta saya dan anak balik sahaja tanpa mengambil no telefon,
nama dan di mana tempat tinggal saya mahupun anak. Namun saya tak salahkan
petugas HSNZ kerana maybe dia kepenatan dengan kes meningkat mendadak.
.
Anak
kembali semula ke program dakwahnya ke sekian kalinya, namun dek kerana
kebisingan berkaitan Jemaah Tabligh, maka saya menelefon dan bertegas dengan
Amir Sab nya untuk membawa balik anak ke rumah sahaja sehingga selesai PKP ini.
Saya mengambil semula anak saya pada 17hb Mac 2020 dan sehingga tempoh ini 24 Mac
2020, anak saya alhamduliLLAH sihat sahaja dengan izinNya jua.
.
Hari
ini 23 Mac 2020/ Isnin, saya ke KK Bukit Payong sekali lagi kerana saranan
pengarah kesihatan Terengganu untuk memberikan sample Jemaah Tabligh yang
terlibat di Ijtimak Tabligh di Sri Petaling, Selangor. Dan menunggu result,
namun saya melihat anak saya di depan mata, SIHAT WAL AFIAT sahaja [dengan
perbandingan symptom pada pesakit COVID-19 dalam media massa].
.
Apa
yang saya nak kongsikan ialah, penggunaan Homeopathy pada awal
pemergiannya ke Masjid Sri Petaling dan amalan memakan Kapsul Bawang Dayak itu
berkemungkinan membantu sistem imun badan anak saya ni. Saya bersyukur
kerana dia sihat dan selamat. Yerlah anak saya ni dulu lahir premature
[7 BULAN] sahaja dengan berat badan kelahirannya hanyalah 850g sahaja
[di Hospital Selayang ketika itu tahun 2004].
.
Admin
Blog
Ustaz
Rosdi, NDr
Hp:
018-245 3824
No comments:
Post a Comment