:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog alBayt Solution Centre ::: Menawarkan kaedah Pelengkap/ Komplimentari untuk membantu menangani apa jua masalah kesihatan menggunakan kaedah Homeopathy/ Naturopathy tanpa Bahanan Kimia @ Side Effect yang teruk ....Hubungi ::: STe [Assoc] ND. UstDi 018-245 3824 :::

KEGUNAAN MERUNGGAI

Kegunaan Moringa

Moringa dikenali dengan tumbuhan pelbagai guna kerana hamper kesemua bahagiannya boleh digunakan sebagai makanan. Bahagian tumbuhan ini yang boleh dimakan ialah:
  1. Buahnya yang masih muda. Buah ini juga dikenali dengan nama drumstick kerana bentuknya. Di kawasan Asia tenggara buahnya yang masih muda dimasak bersama kari. Ia dimasak sehingga lembut. Walaupun dimasak lama dengan suhu yang tinggi kandungan vitamin c dalam buah moringa masih tinggi. Buahnya merupakan sumber kepada serat, Kalium, Magnesium dan Mangan.
  1. Bahagian yang paling berkhasiat pada pokok Moringa ialah daunnya. Ia kaya dengan vitamin B, vitamin C , provitamin A. Zat-zat lain yang terdapat pada daunnya ialah beta karotina, vitamin K, Magnesium, Mangan dan protein. Kandungan zat yang terdapat dalam 100g daun Moringa segar yang dimasak menyamai kandungan zat  di dalam makanan-makanan lain yang bergizi tinggi. Daunnya biasa di goreng  dengan sedikit minyak masak seperti penyediaan bayam. Ia juga boleh direbus dan dijadikan sup. Daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan serbuk dan ditabur  ke dalam sup atau masakan lain.
  1. Buahnya yang telah tua. Biji yang didapati dari buahnya yang telah tua boleh dimakan menta atau dipanggang. Ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Bijinya juga boleh dikunyah untuk membantu melegakan masalah gastrik.
Moringa Oleifera Seeds (1kg)
Biji Moringa
  1. Minyak yang dikeluarkan dari bijinya. Bijinya yang telah tua boleh menghasilkan minyak yang boleh dimakan dan merupakan salah satu alternatif kepada minyak masak yang lain. Minyak yang terhasil dari bijinya yang telah tua merupakan salah satu sumber biodiesel yang berpotensi.
  1. Akar yang diparut dijadikan perisa untuk di tabur atas makanan.
  1. Bunganya juga boleh dijadikan sayuran dan dimasak dengan menggunakan kaedah yang sama dengan pucuknya.

No comments:

Post a Comment