:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog alBayt Solution Centre ::: Menawarkan kaedah Pelengkap/ Komplimentari untuk membantu menangani apa jua masalah kesihatan menggunakan kaedah Homeopathy/ Naturopathy tanpa Bahanan Kimia @ Side Effect yang teruk ....Hubungi ::: STe [Assoc] ND. UstDi 018-245 3824 :::

JOM DETOKS : CUCI USUS ANDA



Detoks adalah proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia.
Berikut kami nak kongsikan 8 resipi mudah untuk detoks
1. OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.

2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.


5. NANAS + DAUN PUDINA

Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU
Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.
7. STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.

8. TIMUN+ LIMAU + LEMON
Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus