Iridologi
adalah
satu kaedah sains pengetahuan tentang penganalisaan atau diagnostik
melalui struktur halus dianak mata, perkataan iris yang bermaksud anak
mata.kaedah iridologi begitu mengkagumkan dan sungguh mudah untuk
dipelajari
kerana ia cepat,selamat ,tepat dan ringkas tanpa perlu pengunaan
peralatan yang canggih.Kaedah
Iridologi sungguh unik dan menarik
kerana membantu mengetahui tahap kesihatan tubuh badan sesaorang itu,
khususnya
kelemahan pada organ -organ yang membawa kepada pelbagai masalah
kesihatan
kerana mata mempuayai beribu ribu juta saraf halus, tisu dan sel-sel
yang
bersambung kesistem badan melalui saraf otak.
Kaitan sistem tubuh dengan mata |
Setiap
kerosakan pada saraf dianak mata akan
menunjukkan kelemahan organ dalam tubuh badan ,analisa dari anak mata bolih
membantu untuk mencegah atau memperbaiki
taraf kesihatan organ sebelum kesihatan bertambah parah kerana iridologi dapat
menceritakan tahap kesihatan yang pernah berlaku,sedang berlaku atau akan
berlaku. Setiap analisa dianak mata tidak serupa diantara mata sesaorang itu kerana ia
bergantung kepada tabiat permakanan , keturunan, gaya hidup sesaorang itu. Mata
kiri akan menceritakan kelemahan organ
sebelah kiri -sebagai contoh- masalah jantung akan dilihat dizon 3 pada mata
sebelah kiri.
Carta iridologi (klik untuk imej lebih jelas) |
Pakar-Pakar iridologist mengunakan sistem yang sama pada
carta iridologi iaitu sistem masa dan
pusingan jam.Ia dibahagikan kepada beberapa
zon-zon utama tertentu mengikut sistem fizikal organ tubuh
badan,perubahan pada anak mata, warna
dan struktur anak mata dan
tanda-tanda pada dalaman berkaitan usus,contoh Proplapsus
(usus kendur atau perut buncit) satu tanda ANW (Automic Nerve Wreath) jatuh
dari kawasan usus biasanya ia ditunjukkan pada pukul 11.00 hingga 1.00 ,otot
lemah disebabkan tekanan kebawah.
No comments:
Post a Comment