:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog alBayt Solution Centre ::: Menawarkan kaedah Pelengkap/ Komplimentari untuk membantu menangani apa jua masalah kesihatan menggunakan kaedah Homeopathy/ Naturopathy tanpa Bahanan Kimia @ Side Effect yang teruk ....Hubungi ::: STe [Assoc] ND. UstDi 018-245 3824 :::

Naturophatic vs Allopathic


Naturophatic vs Allopathic, Mana Satu Nak Pilih?

Jawapannya kedua duanya sama penting dan saling bantu membantu.. 
Secara mudahnya, perubatan naturophatic adalah yang berkaitan dengan pencegahan, lebih kepada mengawal punca penyakit, dan melibatkan mengubah cara hidup dari awal demi menjaga sebuah kesihatan.

Allopathic pula adalah perubatan yang diperlukan ketika kecemasan atau ketika mengalami kesakitan dan ketidakselesaan yang memerlukan rawatan segera. Doktor allopathic akan menstabilkan penyakit am dengan cepat melalui penggunaan ubat-ubatan farmaseutikal moden.

Kedua-dua jenis perubatan ini, yakni naturopathic dan allopathic adalah penting dan diambilkira dalam bidang perubatan moden. Membuat pilihan antara perubatan naturopathic dan allopathic untuk rawatan, adalah bergantung kepada pesakit dan penjaga pesakit.

Perubatan allopathic adalah penting apabila melibatkan keadaan kecemasan dan ketika tanda-tanda yang menyebabkan rasa sakit atau tidak selesa. Misalnya, mangsa kemalangan jalanraya atau yang mengalami strok, rawatan segera diperlukan bagi memastikan tiada kesan langsung yang bakal berlaku akibat kecederaan yang dialami.

Manakala, bila datang kepada pencegahan kesihatan, perubatan naturopathic mengambil tempat kerana dia fokus kepada akar penyebabnya. Rawatan naturopathic secara semula jadi meningkatkan sistem kekebalan tubuh menggunakan vitamin dan mineral, dan lain-lain sumber semula jadi, yang membantu tubuh menyembuhkan dirinya sendiri. Ini boleh membawa kepada pembaikan daya hidup dan mengurangkan pengambilan ubat farmasi.



Sebelum kita perlu kepada perubatan allopathic, ayuhlah kita mengamalkan perubatan naturopathic bagi mencegah penyakit-penyakit biasa atau penyakit kronik. Dunia lebih sihat bila kita semua sihat, tanpa ubat.

No comments:

Post a Comment