Bahanan Utama ialah LIMAU PURUT:
Tumbuhan limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix ini tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita.
Ia tidak ubah seperti limau biasa kecuali daunnya beranak manakala buahnya bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan pahit.
Bagi suri rumah daun limau purut menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa makanan untuk memasak lauk tomyam, asam pedas, dan laksa.
Buahnya selalu dijadikan sebagai bahan yang penting dalam upacara mandi bunga dan mandi wap yang menjanjikan kesegarannya.
Antara khasiat Limau Purut :
- Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik.
- Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.
- Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.
- Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
- Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
Apakah khasiat Limau Purut?
- Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.
- Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.
- Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.
- Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.
- Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat (kantor).
- Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.
- Limau Purut baik untuk rambut
- Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.
No comments:
Post a Comment