:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog alBayt Solution Centre ::: Menawarkan kaedah Pelengkap/ Komplimentari untuk membantu menangani apa jua masalah kesihatan menggunakan kaedah Homeopathy/ Naturopathy tanpa Bahanan Kimia @ Side Effect yang teruk ....Hubungi ::: STe [Assoc] ND. UstDi 018-245 3824 :::

PROMOSI HEALSDROP - OKTOBER 2018





Putrawali
(Tinospora Cordifolia)
Tumbuhan ini sering digunakan sebagai bahan perubatan tradisional  untuk rawatan arthritis, ia juga mampu mengurangkan gula dalam darah dan untuk membantu mengurangkan gejala diabetes, menurunkan panas badan, dan juga berguna sebagai antiseptik luka seperti lebam atau kudis, penambah nafsu makan  dan juga mengubati malaria.

Dokong Anak
(Phyllanthus niruri)
Tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi, terdapat kajian menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepatitis  dengan membantu mengurangkan jumlah virus hepatitis  didalam darah. Banyak digunapakai dalam pelbagai kaedah perubatan bagi mengubati masalah seperti bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria, asma, berak berdarah (dysentery) yang kronik mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies), kurap, penyakit kuning (jaundice), bisa gigitan ular, Batu hempedu.

Hempedu Bumi
(Andrographis Paniculata)
Tumbuhan ini mempunyai pelbagai kegunaan perubatan dimana ia boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis, ia sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai kolesterol tinggi. Bahan aktif pada herba ini, andrografolid melindungi hati, pankreas dan sistem pencernaan. Ia juga berupaya meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan melawan penyakit serta virus. Kajian makmal dan klinikal membuktikan tumbuhan ini boleh membantu masalah berkaitan organ hati seperti penurunan fungsi, kerosakan hati dan hepatitis. selain daripada itu ia boleh merawat masalah selesema.

Pokok Semambu (Azadirachta indica)
Tumbuhan ini sangat dikenali sebagai penawar dan pencegah demam malaria serta kolera. Ia juga sangat berkesan kepada penyakit-penyakit kulit seperti bisul, ulser kronik, cacar (smallpox), kudis sifilis, bengkak kelenjar dan luka. Turut digunakan bagi merawat masalah buasir, membantu pertumbuhan rambut dan menghapuskan kutu kepala, penyakit mata seperti konjunktivitis, masalah mulut dan gusi. selain itu juga ia boleh digunakan bagi memudahkan wanita bersalin.

Misai Kucing
(Orthosiphon stamineus)
Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Tumbuhan ini mampu merawat penyakit buah pinggang, Batu pundi kencing, Jangkitan saluran kencing, Masalah Hati dan masalah pundi kencing, Kencing manis, Sakit sendi, Batu karang, Gout, Mengurangkan kolesterol & tekanan darah. ia Bersifat Antiallergic, Antihipertensi, Anti-radang, dan Diuretik

Mengkudu
(Morinda citrifolia)
Tumbuhan ini sangat bernilai dalam aspek perubatan dan telah melalui pelbagai kajian. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah, kanser, kencing manis, darah tinggi,tulang, masalah jantung, kemurungan, masalah pernafasan, masalah penghadaman dan buah pinggang.

No comments:

Post a Comment