:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog alBayt Solution Centre ::: Menawarkan kaedah Pelengkap/ Komplimentari untuk membantu menangani apa jua masalah kesihatan menggunakan kaedah Homeopathy/ Naturopathy tanpa Bahanan Kimia @ Side Effect yang teruk ....Hubungi ::: STe [Assoc] ND. UstDi 018-245 3824 :::

Jom Ikhtiar : Kapsul Pucuk Betik NDLife

Murid Tahun Dua korban terbaharu denggi Terengganu

KUALA TERENGGANU: Seorang murid Tahun Dua menjadi korban terbaru denggi di negeri ini, menjadikan tujuh kes kematian akibat wabak itu direkodkan hingga hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar, berkata kanak-kanak perempuan yang berasal dari Batu Buruk, di sini, meninggal dunia kira-kira jam 3.30 petang semalam, selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), tiga hari lalu.

"Mangsa berasal dari sekolah sama dengan mangsa keenam denggi yang meninggal dunia bulan lalu iaitu dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman 2, di sini.

"Kematiannya juga dari lokaliti wabak aktif denggi di daerah Kuala Terengganu dan setakat ini empat kes membabitkan murid sekolah direkodkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, hingga semalam, 37 lokaliti aktif direkodkan dengan 26 daripadanya di Kuala Terengganu, Kuala Nerus (6), Dungun (1), Setiu (1), Marang (1) dan Besut (2).

"Selain itu, tiga kawasan 'hot spot' dikenal pasti iaitu Jalan Panji Alam, Chendering Pantai dan Losong Haji Mat Shafie di Kuala Terengganu.

"Hingga semalam juga, 776 kes denggi direkodkan berbanding 212 kes dalam tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 266 peratus," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/121462

No comments:

Post a Comment